Strategi Pemasaran
4P (+3P)
DALAM aktiviti memasarkan produk,
pemasar membuat keputusan dan menggunakan berbagai kaedah untuk mendapatkan
respon positif daripada pelanggan sasaran. Jerome McCarthy telah
mengklasifikasikan kebanyakan kaedah tersebut kepada empat group utama
iaitu Product, Price, Place & Promotion yang
merupakan Bauran Pemasaran yang biasa digunakan oleh pemasar. Bauran ini juga
biasa disebut sebagai strategi pemasaran 4P.
Untuk mencapai objektif
pemasaran melalui strategi 4P, pemasar perlu memanipulasi dengan cara yang
paling efektif di antara variables yang terdapat dalam bauran
pemasaran tersebut supaya menghasilkan respon yang optima di kalangan pelanggan
sasaran.
Secara ringkas, antara variables yang
dimaksudkan bagi setiap P berkenaan ialah:
Product
|
Price
|
Place
|
Promotion
|
- Variety
- Quality
- Design
- Features
- Brand name
- Packaging
- Sizes
- Service/support
- Returns/benefits
- Warranties
|
- List price
- Discounts
- Allowances
- Payment period
- Credit terms
|
- Channel
- Coverage
- Assortments
- Location
- Inventory
- Logistics
- Service level
|
- Sale promotion
- Advertisement
- Personal selling
- Public relations
- Message
- Media
- Budget
|
· Product: Di
era pemasaran yang banyak persaingan pada masa ini, keupayaan mengemukakan
produk yang lebih kompetitif sangat penting sebagai strategi pemasaran. Melalui
penggunaan teknologi dan kepakaran yang tinggi, pengeluar boleh menghasilkan
produk yang berkualiti, namun untuk memiliki kelebihan kompetitif dikalangan
pesaing, ianya memerlukan berbagai inisiatif tambahan oleh pemasar.
Asasnya, isu terpenting mengenai
produk ialah ianya perlu menetapi keperluan, kemahuan dan harapan pengguna. Di
sini, faktor-faktor lain selain kualiti seperti variety untuk
pilihan, kesesuaian rekabentuk, kaedah pembungkusan, faedah penggunaan, serta
berbagai attribute daripada produk patut diambilkira untuk
menarik perhatian pelanggan.
Di peringkat awalnya, strategi
produk menghendaki pemasar menganalisa persekitaran pasaran seperti demand,
persaingan dan pertumbuhan serta mengukurnya dengan keupayaan yang ada. Pemasar
juga perlu menjangkakan perubahan dan pelbagai situasi luar kawalan dan
menyediakan alternatif tindakan yang wajar. Analisa melalui kaedah tertentu
(spt. PEST, SWOT dll.) boleh membantu dalam menyediakan maklumat
awalan. Seterusnya, setelah produk diterima di pasaran, pemasar perlu pula
mengadakan berbagai insentif untuk menjadikan sebab mengapa pengguna perlu kekal
menggunakan produk yang ditawarkan.
· Price: Umumnya, menjadi fahaman bahawa harga melambangkan
kualiti produk. Tetapi, dalam realiti pemasaran fakta tersebut tidak semestinya
betul untuk dijadikan asas perletakan harga yang strategik.
Strategi penetapan harga menjadi
penting di atas kesedaran pemasar bahawa faktor harga berperanan dalam
mempengaruhi pengguna untuk membeli dan kekal sebagai pelanggan sesuatu produk.
Di masa yang sama penetapan harga mesti berasaskan kepada objektif yang hendak
dicapai daripada pemasaran itu sendiri. Samaada memperkenalkan produk baru ke
pasaran, memasuki segmen baru pasaran, menstabil harga atau menandingi harga
pesaing, jualan penghabisan stok, jualan produk yang spesifik, dsb., strategi
harga sepatutnya mempunyai kriteria yang berbeza.
Kepada pemasar, harga merupakan
kaedah meghasilkan pendapatan dan mencipta keuntungan. Kepada pembeli pula
ianya melibatkan aspek seperti kemampuan membeli, berpatutan dan berfaedah.
Insentif lain seperti diskaun, jumlah ansuran dan tempuh bayaran dapat
mempengaruhi minat pengguna untuk membeli produk. .
· Place. Strategi penempatan memberi penekanan kepada aspek
saluran pengedaran produk yang berfungsi menyampaikan produk kepada pengguna
sasaran. Ianya melibatkan aktiviti perkhidmatan seperti transaksi, inventori,
lojistik dan kelengkapan fasiliti. Disamping itu, strategi ini juga perlu
mengambilkira faktor liputan pengedaran dan kebolehan kakitangan serta tahap
perkhidmatan mereka.
.
Menawarkan produk yang betul, di
tempat/lokasi yang betul dan pada masa yang betul, adalah tujuan kepada
strategi ini. Kesemua ini sangat bergantung kepada keberkesanan
saluran-saluran pengedaran yang ditetapkan. Bagaimana produk
ditempatkan di kalangan pengguna, begitu jugalah penerimaan mereka.
· Promotion. Terdapat juga anggapan bahawa
produk yang berkualiti akan terjual dengan sendirinya. Tetapi, dalam strategi
mempromosi, pemasar melaksanakan aktiviti memperkenalkan produk yang hendak
ditawarkan kepada pengguna. Dalam usaha tersebut berbagai kaedah promosi perlu
dilaksanakan agar pengguna mengetahui, memahami dan seterusnya membuat
keputusan untuk menggunakan produk. Tanpa aktiviti promosi,
pemasaran produk yang berkualiti sekalipun tidak menjadi aktif dan industri
sukar memperoleh tahap kompetitif yang dikehendaki di pasaran.
Untuk menarik pengguna membeli
produk bukannya tugas yang mudah. Mereka perlu dipengaruhi, bukan setakat di
perkenal sahaja. Mereka perlu diberi kesedaran hingga mereka merasa perlu untuk
membeli produk yang ditawarkan.
Pengiklanan melalui media massa
utama, antara kaedah mempromosi yang termahal, menjadi pilihan industri yang
berkemampuan. Walaupun tahap keberkesanannya agak sukar diukur, tetapi yang
lebih penting di sini adalah faktor penyebaran maklumat produk yang meluas. Di
samping pengiklanan, kaedah promosi yang lain-lain boleh digunakan, samaada
serentak mahupun berasingan, bersesuaian dengan objektif pemasaran serta
faktor-faktor seperti kos, peluang dan kebolehan berinteraksi yang lebih
terbuka dengan pelanggan. .
Sementara itu, sebagai tambahan
kepada 4P di atas, Booms & Bitner telah menambah 3P lagi kepada bauran
sediaada iaitu People, Process danPhysical Evidence. Penerangan
ringkas kepada 3P tambahan ini adalah seperti berikut:
People: Faktor manusia (yang terlibat secara langsung & tidak
langsung) dalam aktiviti penyampaian produk di pasaran tidak patut
dikecualikan. Peranan kakitangan yang menjalankan pelbagai aktiviti berkaitan
pemasaran perlu dijadikan sebagai strategi. Oleh itu inisiatif dari aspek kebolehan,
kemampuan dan kepakaran para pekerja dan pihak pengurusan di industri perlu
juga di beri perhatian dalam strategi meningkatkan keupayaan pemasaran.
Process: Proses /
aliran kerja termasuk arahan dan prosedur yang bertepatan bagi setiap aktiviti
merupakan elemen yang akan menentukan keberkesanan dan kejayaan pemasaran. Oleh
itu, ianya juga adalah inisiatif yang strategik sesebuah industri untuk
memasukkan unsur ‘process’ ini kedalam strategi pemasarannya.
Physical Evidence: Kebolehan
dan keupayaan industri dalam penyampaian perkhidmatan mestilah dipadankan
bersesuaian dengan persekitaran pasaran di mana perkhidmatan diberikan. Ini
akan meningkatkan lagi keberkesanan dalam berkomunikasi dan melaksanakan
penyampaian produk, khasnya dalam aspek kepuasan kepada pengguna sasaran.
STRATEGI pemasaran 4 P boleh
dikatakan sebagai tindakan empat serangkai oleh pemasar untuk menawarkan produk
kepada pelanggan sasaran dengan cara yang lebih efektif. Sementara tambahan 3P
lagi kepada bauran tersebut adalah sebagai pelengkap yang khususnya disarankan
bagi industri yang menawarkan produk jenis perkhidmatan/servis.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar